Hak Milik

Toksin meracuni tubuh




KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.Simptom di atas hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing. Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.Justeru itu, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
Jadi bagi mendapat pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan.

Rutin pembuangan air besar terganggu

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal.Masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak, kurang bersenam serta pengambilan ubat termasuk ubat untuk kurus.Sebarang pengambilan ubat untuk kurus yang melawaskan pembuangan air besar akan menyebabkan gangguan pada rutin pembuangan air lebih-lebih lagi apabila mereka menghentikan pengambilan tersebut. Mereka ini akan terdedah kepada penyakit sembelit.
Menurut Ng, proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.
Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku. Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin.Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan.Justeru itu, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan.

Tanda-tanda seseorangitu banyak toksin.

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.”

Toksin berlebihan mempengaruhi emosi.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.Kita mungkin pernah terserempak atau melihat seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Contohnya, jika individu tersebut telah membasuh tangan, kemudian dia tersentuh sesuatu yang kita nampak bersih tapi tidak padanya dan dia cepat-cepat mencuci semula tangannya. Ni adalah salah satu simptom yang mengaitkan dengan toksin berlebihan dalam tubuh individu tersebut.Selain itu, individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.Ini kerana lymphatic system (sistem limfa) jika tidak berfungsi sepatutnya menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut,” katanya.

Buang toksin tidak sesuai untuk ibu mengandung

Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin.Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.
Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan.

Cara ekstrem buang toksin

Antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara yang lebih ekstrem iaitu melalui proses yang dinamakan colonic irrigation atau mencuci usus.Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran yang ada di dalamnya.
Namun begitu cara ini agak mahal dan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang diiktiraf.